UTM style :D ON Friday, 28 September 2012 AT 07:05
Assalamualaikum
Boleh tahan lama gak aku tinggalkan blog ni bersawang eh. maklumlah sejak jadi pelajar universiti ni, memang tak banyak masa free. cewah. padahal kalau 5 jam tak ada kelas, 6 jam aku berlayar atas katil.
entry kali ni banyak gambar. so kalau rasa cam nyampah nak tengok gambar yang aku tepek kat sini, sila tutup mata anda and tekan button 'X' ye :B
minggu orientasi yang ohsemm
sumpah banyak aktiviti yang seronok masa minggu orientasi bermula 2 sept till 10 sept haritu.
and kenangan yang paling tak boleh lupa adalah masa aku join perbarisan untuk malam UTM Football Friendly Games. yang mewakili kolej kitorang lebih kurang 45 orang.
walaupun tak menang malam tu (sedih siod) tapi dapat la aku timba pengalaman terketaq-ketaq lutut kat tengah-tengah stadium utm yang baru tu..hewhewhew
kat stadium tu gak la kitorang buat
flash mob gangnam style ramai-ramai. seriously, sangat penat kalau nak dibandingkan ngan tarian poco-poco.
tapi video tu sangat lah tak clear (nasib baik) tapi ada video
utm gangnam style yang lebih awesome.
asalnya, hanya mahasiswa je yang terlibat dalam video ni, aku tak paham camne mahasiswi pun boleh ada. sumpah ta paham.
tapi mahasiswa dalam ni sangat ohsemm ye, walaupun kayu je aku tengok. kah kah kah
and mamat yang mucul dari 1:26-1:28 tu nama die frany yang ohsemm! kenapa aku cakap dia ohsemm? cz he has this ability to organize and manage a program smoothly. and dia boleh cakap laju-laju macam bullet train. aku rasa kalau dia practice lagi boleh catch up dengan ryan higa. lol
selain tu, ada banyak lagi aktiviti yang osemm yada yada yada
 |
| gambar orang2 yang aku rindu aku tepekkan kat dinding sebelah katil :') |
aku dapat floormate yang gila gambar, sebelum apa-apa aktiviti mesti snap2 dulu. haha
 |
floormate yang ohsemm
|
snap dulu sebelum tinggalkan dewan kuliah. haha
btw, meja dewan kuliah style gini sangat aku benci ye.
kalau meja macam kat matrik dulu lebar dan panjang nak tido pun bole :B
 |
roommate yang comel dan aku yang ohsemm(ke?)haha
|
aku join kelab rekreasi. macam tak caya kan?
lepas ni akanku tawan segala puncak gunung yang ada kat malaysia ni
(poyo jep)
 |
| kami ahli kelab rekreasi yang ohsemm ^..^ |
aktiviti qs-bina yang ohsemm
lepas minggu orientasi, kami ada aktiviti untuk students under qs-bina lak. wadehel is qs-bina?
lebih kurang macam kelab untuk students yang amik ukur bahan dan construction.
lepas ni semua gambar yang aku tepek adalah gambar masa aktiviti qs-bina ni
 |
| member baru yang ohsemm dan muka aku yang mintak penampau? |
 |
| snap gambar lepas makan! nampak tak usaha aku nak sembunyikan perut yang buncit kekenyangan?haha |
balik toilet pun sempat snap gambar lagi tuh.
anyway, kat belakang kitorang tu bangunan fakulti alam bina yang baru.
ada lift wa cakap lu
banyak duit utm ni, leh support aku makan nasi ambang hari-hari
ngeh ngeh ngeh
 |
| tangga yang ohsemm |
 |
converse2 yang ohsemm..kih kih kih
|
 |
| entrance legoland yang ohsemm! |
gambar kat bawah ni kitorang amik kat tengah-tengah air pancut. lencun kasut merah aku. haha
dah la ramai gila pengunjung time tu, semua pandang.
sangat malu tapi ada aku kesah?
then tak lama lepas kitorang blah, ada lak beberapa kumpulan manusia buat aksi yang sama
tiru lettew ;)
 |
| gambar lencun bersama yang ohsemm |
 |
| enche crown besaq dan kitorang yang ohsemm |
 |
| stadium baru in the making yang ohsemm |
 |
| masjid abu bakar yang ohsemm :) |
 |
| muka letih yang tak berapa nak ohsemm |
 |
| kami student FAB yang ohsemm! yeah~ |
 |
'saya pilih utm' yang ohsemm..haha
|
and lastly,
p/s: esok 29/09/12 kitorang akan keluar ramai-ramai untuk cari rumah kayu demi assignment yang terchenta. bersedialah rumah-rumah kayu yang ada di johor. mwahahahaha
Labels: #friends #utm, #picture
Aku, Kucing dan Injection ON Thursday, 9 August 2012 AT 07:40
Assalamualaikum.
7 ogos 2012. tarikh yang aku akan pastikan aku ingat sampai bila-bila. wae? sebab buat pertama kalinya aku kena gigit oleh binatang yang bernama kucing. orang akan cakap, buat apa nak ingat kenangan yang pahit camtu? well, obviously to remind me, never interrupt the cats when they're fighting.
padan muka aku, gatal sangat nak selamatkan kucing aku yang dah tua tu, si putih, aku lak jadi mangsa kena gigit dengan kucing jiran tu. kucing ibu pulak tu. pergh, sakitnye tak terperi. sampai melalak aku masuk rumah. tak ke huduh rupa buat camtu.
 |
| kalau comel camni takpe gak |
lepas kena gigit, aku masuk rumah terus cari abah sebab mama takde. abah sapukan minyak gamat, kalau rasa bisa lagi lepas beberapa minit baru dia bawak gi klinik. tengah menangis-nangis tu sempat gak aku online. aku google pasal gigitan kucing, and the result was :
then, ada yang cakap gigitan kucing boleh bawa maut. aku mana la tau pasal gigit-gigit ni. lipan pun tak pernah gigit aku. lepas tengok article online, aku terus cari abah balik, kena inject pun tak kisah. aku nak raya woi. dekat sejam gak la abah suruh aku tunggu dulu sebab dia ada kerja nak buat. masa tengah tunggu abah tu la macam-macam aku fikir. kalau aku tak dapat puasa lagi macam mana? sempat tak aku beraya tahun ni? cita-cita aku nak jejakkan kaki kat utm tu tak kesampaian ke?
over kan? last-last doktor cakap tak de apa-apa yang bahaya pun. biasa je. aku je yang emo terlebih. trimas la doktor sebab inject saya hari tu. maybe sebab dah lama tak cucuk-cucuk ni, sakit kena inject tu tak hilang lagi. macam nak lebam pun ada.
hari aku kena gigit tu nak jalan pun susah, kaki kanan ni tak boleh jejak lantai langsung. puas adik aku kena papah, nasib baik tak berat sangat...kot. anyway, to that kucing, awas hang! pasni den jumpa den tibai hang lagu ni
 |
| dushuuum |
ceh. padahal tak sampai hati pun nak pukul kucing tu. hari tu lepas kena gigit pun aku tak tibai kucing tu. just amik selipar then baling kuat-kuat kat tanah, marah la katakan. kesian kau selipar.
i'm wondering. will i get the same treatment if i interrupt a fight between girls? : /
Labels: #picture
Me and my horrible pronounciation ON Saturday, 28 July 2012 AT 06:03
Assalamualaikum.
hari ni aku jadi seorang akak yang baik. hari ni jela. lepas dirayu-rayu oleh adik aku yang mintak tolong belikan buku latihan, aku gagahkan la diri nak gi kedai buku yang jauhnye 2.5 km dari rumah. (lek la, naik motor kot)
sampai je kat kedai tu aku keluarkan senarai buku-buku yang adik aku suruh beli. nasib baik ada apek tu tolong amikkan semua buku-buku yang aku sebutkan. jimat tenaga aku. awak tak puasa kan apek, tolong ya. kih kih kih
lepas tu aku teringat lak buku latihan mathematics yang aku beli zaman spm dulu. buku tu best, belajar pun senang faham. sebab buku tu la aku dapat A+ dalam maths waktu spm dulu. mana la tau magik buku tu berkesan kat adik aku nanti kan. so aku try nak carik sendiri tapi apek tu nak tolong gak. apek tu tanya aku 'itu buku apa tajuk maa?' dengan bangganya aku cakap 'tajuk dia ass'. tiba-tiba apek tu buat muka seposen. konon kiut la tu apek. apek tu tanya balik, 'ass?' dan aku jawab 'haah, ass, a-c-e la' (siap mengeja kauu)
lepas aku tengok apek tu garu-garu kepala dia yang tak gatal tu tetiba dia cakap, 'oh! ace! ada-ada!'
ceit, kecik betul rasa diri ni. dari dulu aku selalu mispronounce ace sebagai ass. ramai je salah faham. malu oii malu.
lepas apek tu bagi aku buku ace tu, aku terus cakap arigatou dan blah. tapi lepas bayar la.
dulu pun masa aku pergi kem, budak-budak group aku tanya nak bagi nama kumpulan apa. then, aku cadangkan ace sebab simple. as usual, yang diorang dengar ass, bukan ace. memang kena reject la cadangan tu. sobs3
pesanan buat adik aku yang bakal menduduki spm tahun ni : pastikan kau buat latihan dalam buku-buku yang along belikan tu kalau tak nak kena buat lauk kenduri.
Labels: #study