Assalamualaikum :)







☂ LINK 4
✿ Facebook
✖ Twitter
☂ Tumblr

Selangkah ke hadapan. Bismillahirrahmanirrahim ON Friday, 27 July 2012 AT 06:37
Assalamualaikum.

mungkin agak terlalu lambat untuk aku mention benda ni tapi nak buat camno, masa sangat jeles ngan aku. aku tak tau la apa dendam dia ngan aku yang innocent ni. ho ho ho *awkward
anyway, setelah bertungkus-lumus curi masa dan setelah diperli-perli oleh Zaty yang bosan tengok poster Mael Lambong kat tempat berhabuk ni, aku buat gak la entri baru. walaupun content die cliché gila.


13 julai. tarikh keramat bagi aku dan budak-budak yang bergelar ex-matriculationarians. wujud ke perkataan ex-matriculationarians tu? belasah  je la. lebih kurang pukul 10 pagi, aku, zaty, anis dan baby semak keputusan upu masing-masing. yela, kerja kat tempat yang sama, maka waktu rehat memang tidak disia-siakan. sampai lupa nak makan, terpaksa la kitorang berlapar satu hari bekerja kerana excited terlampau. rasa macam deja vu. tahun lepas, kitorang semak keputusan matrikulasi kat tempat yang sama dan waktu yang sama gak. kejap sangat masa berlalu. subhanallah.


anyway, alhamdulillah, aku dapat gak tempat di ipta. walaupun bukan pilihan pertama, aku tetap bersyukur sebab aku dapat program yang aku mohon. sarjana muda sains pembinaan di UTM skudai. niat asal nak masuk program sain seni bina tapi aku tak pergi masa dipanggil temuduga. kadang-kadang menyesal gak bila fikir balik, kalau la aku pergi. tapi nak buat camne, waktu tu persediaan aku adalah 0%. temuduga aku tu pulak seminggu selepas final exam kat matriks. berbekalkan pulak internet yang kelembapannya tinggi sikit dari Gary, si siput milik spongebob squarepants. memang tak la


tapi takpe, aku tetap akan strive gak tak kira apa program aku dapat. mungkin rezeki aku kat sains pembinaan. lagipun, aku masih dalam fakulti yang sama :)


untuk kawan-kawan aku dari kolej matrikulasi melaka, aku ucapkan tahniah kat korang. probability untuk kita jumpa lagi maybe tipis tapi takpa, facebook kan ada. time camni la aku rasa cam nak peluk je mark zuckerberg tu (sekadar hiperbola je sila faham)


rindu korang
masing-masing dapat U lain-lain. ramai kawan aku dapat ipta bahagian utara. hah. elok sangat la tu, tinggalkanla aku yang nun kat selatan tu. sobs3
buat kawan aku yang tak dapat program yang dihajati, jangan risau dan tak tentu hala pulak. and most importantly, jangan kau dok dengaq cakap orang-orang yang gebang dapat program best and say that u got otherwise. ntah-ntah 4 tahun akan datang kau dah bergelar seorang pemegang degree dan layak untuk apply kerja sementara orang yang gebang tu berhenti belajar separuh jalan sebab tak boleh bawak subjek yang dia amik. nothing is impossible. like i said, maybe rezeki kau dekat program yang kau dapat tu. insyaallah. just do your best and be redha with the result :D


do you want to be happy? stop comparing yourself with others
p/s : tak sabar nak berkayak kat tasik utm. ngeh ngeh ngeh :B (bolehke?)

Labels: , , ,


1 CHEONSA