a quest to find rumah kayu ON Sunday, 30 September 2012 AT 00:44
Assalamualaikum
macam yang aku mention before. kitorang ditugaskan mencari sebuah rumah kayu untuk
mengkaji teknologi binaan style rumah jenis kayu.
maka secara automatiknya hari sabtu semalam kitorang korbankan masa
tidur lepas subuh semata-mata nak cari rumah kayu dekat johor nih.
pusing punya pusing dah sejam lebih tak jumpa gak rumah kayu
yang ada asas luar. apa tu asas luar? pi google sendiri la haih
oleh kerana dah penat pusing kat tempat yang sama, member aku si johorians ni
tanyalah abang dia kat mana nak cari rumah kayu.
susah kan? orang johor ni semua moden-moden belaka, dah tak main kayu-kayu lagi dah.
 |
| discuss ke? ehem |
 |
| kami yang dalam kereta hanya mampu jadi camwhores ha ha ha |
finally kitorang tiba kat satu tempat which looked like taman rekreasi.
tapi apa nama dia ntah, aku pun tak ingat.
maaf, saya bukan orang johor -.-''
memang banyak infrastruktur yang diperbuat daripada kayu kat sini
tapi bukan rumah. contohnya, surau dan pondok.
bangunan pentadbiran pun diperbuat daripada kayu.
tapi rasanya tempat ni lagi sesuai untuk budak-budak landscape
and my mom.
please don't ask why
 |
| kami yang gila camera lupa terus pasal rumah kayu ha ha ha |
 |
| ze ohsemm girls. ohsemm ke? x kot |
anyway, masa kami beredar dari tempat ni dah tengah hari dah pun
rumah kayu still tak jumpa. very very the sad (merapu)
last-last, kitorang decide nak pergi pontian pulak.
tapi kali ni kitorang tak pergi sekali ramai-ramai
cz kereta member aku yang satu lagi had an accident.
alhamdulillah tak teruk sangat, but still diorang kena pergi balai la kan.
hence, we girls ni pergi pontian sendiri berpandukan signboard2 yang ada.
takkan nak balik utm tangan kosong lak. sia-sia je bangun awal pagi camtu..hee
on the way ke pontian, kitorang lalu pekan nenas
and guess what. banyak ouh rumah kayu yang ada asas luar kat pekan tu.
again, alhamdulillah.
rupanya takdelah jauh sangat kawasan perkampungan, lebih kurang 20 minit je.
tak pernah aku rasa excited gila-gila bila nampak rumah kayu macam semalam.
lepas ronda-ronda, kitorang finally pilih sebuah rumah kayu yang bertuah.
bertuah ke?
paling tak boleh blah masa kawan aku nak perkenalkan diri. boleh lak dia pergi je depan rumah makcik tu then tunjukkan kad matrix sambil cakap
"assalamualaikum mak cik. kami pelajar daripada utm, universiti teknologi malysia. kami datang untuk buat tugasan mengenai rumah kayu. boleh tak kami amik gambar rumah mak cik?"
aku dah senyum-senyum kambing nak tahan gelak.
boleh tahan gak kawan aku ni eh.
dah macam NYPD lak aku tengok dengan kad matrix dia.
apa-apa pun, mak cik tu memang sporting habis.
walaupun dia gelakkan kitorang yang tiba-tiba keluarkan pita ukur nak ukur rumah dia.
tahap pemalu aku time tu memang dah takde dek kerana
dah penat seharian cari rumah kayu.
lantaklah mak cik nak gelakkan ke nak canang satu kampung ke.
suka hati mak cik lah. asalkan saya dah dapat bahan untuk assignment saya
mekasih ye mak cik :D
p/s: kalau lecturer aku tak terima assignment aku nanti tak taulah nak cakap apa. sedih bhaiii
Labels: #assignment, #friends, #picture, #utm